Kleenso | Penyelamat Isteri Pemalas Macam Aku | Tajuk pun dah tau! aku ni pemalas ya rabbi kan. Sebenarnya meh aku nak story kenapa tajuk tu terok benar. Aku ni jenis buat asal boleh tapi, aku cerewet nak pilih barang-barang dapur seperti pencuci toilet, pencuci lantai dan sebagainya. Bila ada yang bangkang! aku relax stady bagi pen dengan kertas, kenapa tak boleh?
Baru-baru ni aku terpukul dengan satu produk yang diyakini kebersihan dan pembasmi serangga. Yess! itu yang aku nak, maklumlah duk rumah flat ni kadang semut berkeliaran, anak-nak bertempiaran lari makan eskem terjatuh depan rumah aku, suami pulak tangan ada emas sebab makan pun always tumpah. ( kakaq redhoooo! ) maka bermulalah pengembaraan semut seterusnya masuk ikut lubang rumah aku tu! Stressss!
Baguske Produk Kleenso ?
Baru-baru ni, bila ada kawan yang syorkan tentang cara-cara nak basmi masalah negara yang aku kena hadap tiap-tiap hari ni. Dia bagi aku satu set produk Kleenso, tapi dalam banyak-banyak tu aku cuma tertarik pada satu je! haipp! baca sampai habis, lepastu korang boleh cari dekat kedai berdekatan tau.

Kleenso | Penyelamat Isteri Pemalas Macam Aku
Nampak tak? muka bangga siot! tak mau mengalah. Masalah yang aku hadap ni, kira masalah besar bagi aku. Pantang letak makanan atas meja pun, ada je askar semut datang. Sudahnya macam aku yang bukan menyewa rumah tu, tapi semut yang menjadi raja pulak dalam tu. Jom kita tengok barang yang aku dapat. dan mana satu pilihan aku kalini.

Yang Mana Satu Menjadi Idaman Kalbu?
Jom kita teka! tapi rasanya satu yang menjadi pilihan aku untuk di review adalah Pencuci Lantai Serai Wangi. Sebab rumah mak aku pun guna pencuci serai wangi, selalu tau mak aku agung-agungkan makcik serai tu. Maka aku pun cubalah mana tahu, lepasni semut dah give-up dengan aku kan.
Pencuci Lantai Serai Wangi Kleenso Menjadi Pilihan
Tak payah nak taruk satu botol, cuma taruk satu penutup pun dah okeh! buih tu dah buat aku tergugat iman tau. haip! bukan mengidam okeh. Bau memang seakan serai pun. Maklumlah kan kerja rumah aku yang buat. Cuma jadi malas bila takda yang nak membantu. Akhirnya aku dah jumpa jawapan bersesuaian tu.

Betul ke tindakan aku melancarkan perang keatas semut-semut tu?
Setelah satu kali sapuan, rumah aku wangi bau serai tau. Namapun serai wangi memang bau wangi satu rumah. Lagi pulak sekali sapuan aku dah puas hati dan semakin bersemangat nak sapu tempat lain pulak. Sehari penggunaan setakat ni alhamdulillah masalah aku hampir selesai. Aku cuba selama sebulan. Alhamdulillah memang selesai terus masalah aku. Tak payah pening nak pikir-pikir lagi. Rupanya menyesal nape dari awal lagi aku tak memikir masalah ni dari awal lagi. (Bab Semut Kira Selesai.)
Pencuci Tandas Dan Jubin Untuk Bilik Air Yang Berkarat
Barangan lain yang aku cuba, adalah pencuci bilik mandi. Ternyata aku percaya 100% produk kleenso ni mampu menyelesaikan masalah yang aku hadapi. termasuk bilik air rumah aku tu. Almaklum lah kan jadi superwoman ni untuk satu rumah.

Boleh tahan jugak produk kleenso ni!
Setelah kesemuanya aku cuba, dua produk ni mampu menyelesaikan masalah yang aku hadapi, Semut dan bilik air berkarat. tak rugi aku mencuba produk ni diyakini bersih. Rasanya kepada ibu-ibu memang aku nak syorkan pada korang. Ini lah produk yang wajib korang dapatkan. lagi pulak Pembasmi kuman Lantai tu memang patut cuba, sebab masalah semut yang aku hadap dah selesai.
Jadi pada korang yang nak borong produk ni, ianya boleh dibeli secara online atau di kedai berhampiran. Kalau korang nak beli online, boleh check link di bawah
Where To Buy Kleenso
makin bersemangatlah lepas ni nak kemas rumah kasi bersih. hehe
Bahrain recently posted…Makan Eat & Repat Cafe Di Bandar Baru Bangi
Semangat habiss! gigih tau kemas sana-sini..
twrbaik la produk ni
raihanah recently posted…Shaklee Youth Skincare Bebas Paraben & Semulajadi
dah ku kata! memang sebagai penyelamat.. Nak2 sekarang semut tengah migrasi ke tempat lain pulak
Wahh…. Menarik!
Kak nina memang bermusuh ngan serangga!
Nak try laa
Kannn! Terutamaaaa semuttt
Nak kena try ni. Been searching a new pencuci lantai bilik air.. Tq for sharing..
Shad recently posted…SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 – MRSZACOM
sama-sama..